LIGA SUPER MSIA
Pramusim: Pemain berusia 17 tahun jadi punca JDT tewas kali pertama kepada Valencia Mestalla
Selepas empat perlawanan pramusim, juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), tewas buat kali pertama sepanjang siri jelajah di Sepanyol, awal pagi tadi.
Aksi kelima Harimau Selatan berkesudahan dengan kekalahan 0-1 kepada Valencia Mestalla di Olimpic Camilo Cano.
Untuk makluman, JDT berdepan 'feeder' kelab kepada jaguh LaLiga itu iaitu Valencia Mestalla dengan dipenuhi pemain daripada akademi bakat tempatan.
Iklan
Jaringan tunggal oleh Jaume Dura pada minit ke-35 memastikan kemenangan tuan rumah menidakkan cabaran skuad kendalian Xisco Munoz.
𝗜𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗖𝗟𝗨𝗕 𝗙𝗥𝗜𝗘𝗡𝗗𝗟𝗬FT: VALENCIA MESTALLA (ESP) [1-0] JDT(Jaume Dura 35’)More photos at https://t.co/mlI0GXIUdG#Preseason #Spain#JDTinSpain#JDTDoingJDTThings#WhatCanYouDo#TheTMJEffect#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/EmRyeSjB0a— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 14, 2025
Sebagai rekod, Dura baru berusia 17 tahun dan menjadi ayam tambatan akademi tersebut.
Ini sekali gus, mencalarkan kecemerlangan juara Piala Malaysia itu susulan mengumpul dua kemenangan dan dua keputusan seri dengan Cardiff City dan Levante UD, sebelum ini.
Pada aksi kali ini, Munoz menampilkan kelainan apabila tiada kelibat Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu, Arif Aiman Hanapi, dan Bergson Da Silva, sebaliknya nama seperti Samuel Castillejo menghiasi senarai pemain berdepan Valencia.
Kelab terbaik Malaysia itu dijadualkan bertemu pasukan dari Qatar, Al-Rayyan SC, di Pusat Latihan San Pedro Del Pinatar bagi aksi persahabatan seterusnya, esok.
Must-Watch Video



