Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: PDRM, KL City sama hebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
PDRM gagal meraih kemenangan meskipun mendahului dengan dua gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City), dalam perlawanan pramusim di Stadium Selayang sebentar tadi.

Perlawanan kali ini juga menguji mental pemain kedua-dua pasukan dengan pelaksanaan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Pemain import baru PDRM, Ifedayo Olesugon, terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-28 sebelum tamat aksi separuh masa pertama. 

Hasrat PDRM untuk menggandakan kedudukan hadir apabila keputusan VAR memihak kepada Ifedayo untuk meletakkan The Cops di hadapan. 

Pada minit ke-59, jaringan dari pasukan KL City telah di batalkan akibat daripada keputusan VAR yang mendakwa ada kekasaran berlaku  keatas pemain PDRM.

The City Boys merapatkan jurang permainan apabila ketua pasukan, Paulo Josue mudah menyempurnakan  sepakan penalti pada masa kecederaan. 

Sebelum wisel penamat ditiup, Patrick Reichelt, menjadi wira buat pasukan KL City apabila jaringannya dibenarkan oleh VAR sekali gus berakhir dengan keputusan seri 2-2. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video