Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Motta langkah kiri ujian pertama pacu Juventus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juventus.jpg
NURENBERG 3 JUVENTUS 0

Perlawanan pertama Juventus di bawah kendalian Thiago Motta berakhir dengan kekalahan selepas dibelasah 0-3 oleh kelab divisyen dua Bundesliga, Nurnberg, awal pagi tadi. 


Timothy Weah, Nicolo Fagioli dan Dusan Vlahovic memainkan peranan terhad sebagai pemain gantian ketika Motta sebaliknya memilih untuk menurunkan barisan muda dalam aksi pemanas badan di Max-Morlock-Stadion itu.

Caspar Jander sebelum itu memberikan Nurnberg pendahuluan pada minit ke-19 sebelum menokok dua jaringan lewat sambil tendangan penalti Vlahovic gagal menemui sasaran.


 

Pemain gantian, Dustin Forkel dan Tim Janisch, kemudian mencetak nama selaku penjaring dalam tempoh empat minit menuju masa kecederaan. 

Bianconeri akan menentang Brest dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada Ahad ini, seterusnya menguji Atletico Madrid sebelum memulakan kempen Serie A di Como pada 20 Ogos depan.

Advertisement

Must Watch Video