Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Mohammed Kudus pamer aksi mengagumkan julang Spurs

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kudus.jpg


ARSENAL 0 TOTTENHAM 1 

Thomas Frank memuji pembelian musim panas, Mohammed Kudus, selepas persembahannya dalam kemenangan persahabatan pramusim Tottenham ke atas Arsenal, malam tadi. 


Kudus, yang menyertai Spurs daripada West Ham United pada awal bulan ini, diturunkan selama 63 minit dalam kemenangan 1-0 ke atas The Gunners di Kai Tak Sports Park, Hong Kong semalam. 

Begitupun, percubaan menakjubkan Pape Sarr dari jarak jauh dalam separuh masa pertama yang terbukti menjadi penentu perlawanan, sekali gus memberikan Frank kemenangan pertamanya dalam 'derby' London utara sulung di bawah bimbingannya. 

"Saya rasa Kudus bermain dengan sangat bagus hari ini. Corak Permainan bertahannya, cara dia memegang bola dalam situasi sukar," kata pengurus itu. 



"Kemahiran satu lawan satu, mencipta peluang untuk pasukan adalah mutu permainan kelas atasan. Selain itu, saya fikir dia bekerja sangat keras.




"Dia mengejar bola mati ketika kami diasak dan dia memenangi semula bola. Itulah cara dia boleh memberikan sumbangan besar kepada pasukan.

"Dia akan membuatkan ramai peminat teruja dengan aksi serangannya, dan dia juga akan membantu pasukan daripada segi pertahanan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video