Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Lima perlawanan menanti Selangor di Bangkok!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kino.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berkongsikan bahawa pasukannya itu bakal menghadapi lima perlawanan persahabatan sempena sesi pramusim di Bangkok, Thailand, nanti.

Selangor bakal menyertai beberapa kejohanan besar musim depan seperti Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) selain saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2025/26.

"Saya tahu semua orang sudah tahu dia (Picha Autra) adalah pemain yang bagus, pasukannya juga pernah kalahkan kami (Selangor) ketika saya baru tiba di sini. Tetapi dia tetap perlu berjuang untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan Utama kerana kita ada ramai pemain berkualiti, pemain kebangsaan dan pemain dari Eropah.

"Kami perlukan masa, saya tidak boleh katakana apa apa buat masa ini kerana kami belum umumkan secara rasmi lagi. Setakat ini skuad masih belum sempurna. 

"Jendela perpindahan sentiasa ada kejutan untuk kita dan semua pasukan, kita hanya tahu hasilnya selepas jendela perpindahan tutup.
 
"Sesi pramusim di Bangkok akan ada lima perlawanan setakat ini, saya mahu berikan semua pemain peluang bermain. Peluang untuk tunjukkan prestasi terbaik mereka. Sebelum ke Thailand, kami perlu praktis taktik," katanya.


Dalam pada itu, jurulatih berusia 60 tahun itu turut meletakkan sasaran Selangor pada musim depan adalah 'setinggi yang mampu', selain mengharapkan sokongan penyokong Merah Kuning memenuhi stadium untuk memberikan sokongan.

"Sasaran kami adalah setinggi yang mungkin, itu sahaja. Jika ada masa ke stadium, datanglah berikan sokongan dengan menyanyi dan menari. Kami perlukan anda.

"Jika saya meminta mereka datang menyaksikan perlawanan kami, kami perlu beraksi dengan lebih baik daripada tahun lalu. Saya mengharapkan suasana ini di stadium nanti." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video