Darwin Nunez terus menikmati permulaan berbisa bersama Al-Hilal apabila meledak dua gol dalam dua penampilan pertamanya.
Penyerang Uruguay, 26, melengkapkan perpindahannya ke Liga Pro Saudi minggu lalu selepas Liverpool menerima tawaran £53 juta (RM302.8j) daripada Al-Hilal untuk mendapatkan tandatangannya.
Pemergian Nunez berlaku hanya tiga tahun selepas Jurgen Klopp membelanjakan £85j (RM485.7j) untuk membawanya ke Anfield selepas mempamerkan prestasi cemerlang di kelab gergasi Portugal, Benfica.
Dia menyertai rakan sepasukan baharunya termasuk Joao Cancelo, Theo Hernandez dan Alexandar Mitrovic di kem pramusim mereka di Jerman pada hujung minggu lalu sebelum membuat penampilan sulung dengan membelasah Aarau 6-0.
Nunez melepaskan satu percubaan rendah yang melepasi penjaga gol kelab Switzerland tersebut untuk membuka akaun jaringannya bersama juara 19 kali Liga Pro Saudi itu.
Dan ancamannya tidak terhenti di situ apabila Nunez sekali lagi berada dalam senarai penjaring ketika menentang kelab Jerman, Waldhof Mannheim, dalam aksi ujian terakhir mereka di Eropah, awal pagi tadi.