Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Kekalahan malam tadi bakar semangat Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal_1.jpg
Mikel Merino menegaskan bahawa kekalahan pramusim Arsenal kepada seteru utara London, Tottenham, pada malam tadi akan digunakan sebagai perangsang untuk musim Liga Perdana Inggeris (EPL) akan datang.

Dalam perlawanan pertama di antara kedua-dua kelab itu di luar England, percubaan menakjubkan Pape Sarr dalam separuh masa pertama memastikan kemenangan 1-0 buat barisan kendalian Thomas Frank tersebut. 

Spurs lebih dominan dalam babak pertama selepas tiga percubaan mereka menerjah tiang sebelum Sarr memecah kebuntuan dari kawasan tengah padang menuju rehat.

Bagaimanapun, The Gunners kembali memperkemaskan permainan dalam babak berikutanya, namun gagal mencari jaringan penyamaan. 

Arsenal bakal mengukur kemampuan dengan kelab LaLiga, Villarreal dan Athletic Bilbao, dalam dua perlawanan terakhir pramusim sebelum menentang Manchester United dalam perlawanan pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025-26 pada 17 Ogos ini.

Setelah menduduki tempat kedua untuk tiga tahun terakhir, Merino menegaskan biarpun kecewa dengan kekalahan terbaru itu, ia juga akan menyemarakkan semangat mereka.

“Ia bukan keputusan yang kami mahukan,” katanya selepas perlawanan jelajah di Hong Kong itu.  




“Jelas sekali kemenangan adalah keutamaan bagi kami tetapi dalam pramusim, ada perkara lain yang lebih bernilai. Seperti kecergasan, mengekalkan hubungan dengan peminat di sini di bandar yang menakjubkan ini.

"Kami perlu lebih segera menyesuaikan diri dengan padang,. Saya rasa kami menguasai sebahagian besar perlawanan ini. 

"Cuma keputusannya menjadi bahagian yang paling teruk, namun kami perlu mengambil perkara yang positif.

"Perasaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi musim ini dan terus berkembang, terus belajar dan semoga meningkat."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video