Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Shaiful Shamsudin
April 14, 2024 11:05 MYT
April 14, 2024 11:05 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu akan berpangkalan di Pusat Bolasepak Melia Villaitana, Alicente bagi memantapkan lagi prestadi anak buahnya yang melakar empat kejuaraan musim lalu selain mendominasi Liga Super dalam tempoh sedekad.
Sepanjang tempoh dua minggu ini, tujuh perlawanan sudah diaturkan untuk rombongan skuad utama Harimau Selatan yang turut disertai dua import baru, Murilo Henrique de Araunjo Santos dan Nicolao Dumitru.
Rombongan JDT juga tampak bergaya dan seragam apabila barisan pemain mengenakan sepatu serba putih putih daripada Nike Jordan, manakala pegawai-pegawai menyarung kasut berwarna biru dan hitam.