Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi pra-musim setelah tumpas di tangan kelab Qatar, Al-Rayyan SC.
Aksi pra-musim JDT di bumi Sepanyol diteruskan lagi dengan turun bertemu kelab utama dari Qatar, Al-Rayyan SC sebagai lawan keenam selepas kali terakhir kalah kepada skuad Valencia Mestalla pada Isnin.
Beberapa pemain kembali memperkuat kesebelasan utama JDT selepas direhatkan sebelum ini antaranya tiga bintang warisan Malaysia, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Hector Hevel.
Hasrat Harimau Selatan bagi merekodkan kemenangan ketiga dalam aksi pra-musim di Sepanyol kali ini bagaimanapun tak kesampaian apabila Julien De Sart menjaringkan gol buat Al-Rayyan.
Pemain tengah bertahan kelahiran Belgium itu muncul wira pasukan Al-Rayyan dari Qatar itu selepas berjaya mencipta jaringan tunggal ketika permainan berbaki 10 minit lagi bagi dimainkan.
Aksi di San Pedro Del Pinatar akhirnya ditamatkan dengan keputusan 0-1 memihak Al-Rayyan SC sekaligus memberi satu lagi kekalahan tipis buat pasukan JDT di bumi Sepanyol ini.
Ujian seterusnya menanti juara Liga Super 11 kali berturut-turut ini adalah menentang Al-Arabi di Oliva Nova pada 19 Julai hadapan untuk aksi pra-musim ketujuh di sana.-MB