Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Flick kesan kelemahan Barcelona di sebalik belasah Seoul

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hansi-flick.jpg
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, mengakui ada aspek yang masih perlu diperbaiki anak buahnya walaupun membelasah Seoul 7-3 dalam perlawanan persahabatan pramusim malam tadi.

Flick menyaksikan Lamine Yamal dan Ferran Torres termasuk sentuhan Robert Lewandowski, Gavi dan Andreas Christensen berhasil merobek gawang lawan. 

Juara LaLiga itu kembali diikat 2-2 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Cho Young-Wook dan Yazan Al Arab sebelum kembali mendahului sebelum rehat.

Dari situ, Barcelona menemui rentak untuk melakar kemenangan menerusi sembilan percubaan tepat. 




Blaugrana kini sedang bersedia untuk perlawanan pramusim terakhir mereka di Asia dengan mengatur pertembungan dengan Daegu FC sebelum menentang Como untuk merebut Trofi Joan Gamper pada 10 Ogos.

Dan Flick berkata di sebalik kemenangan besar ke atas Seoul itu, dia mahu melihat lebih banyak peningkatan memandangkan mereka kehilangan tumpuan yang membolehkan lawan kembali bersaing. 

"Kami melakukan beberapa kesilapan, dan ia adalah perkara yang perlu kami perbaiki," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video