Selepas mencatatkan dua kemenangan berdepan Costa City dan Real Murcia dalam perlawanan persahabatan pramusim, Johor Darul Ta'zim (JDT) diikat kelab terkemuka Wales, Cardiff City, di Pinatar Arena, Sepanyol awal pagi tadi.
Aksi berkesudahan dengan keputusan 2-2 menandakan dua pasukan tersebut sama hebat.
Magis penyerang warisan Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mula menampakkan hasil bersama Harimau Selatan, namun peluangnya dinafikan penjaga gawang, Ethan Horvath.
Meskipun belum tamat separuh masa, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat permainan berikutan tonggak import. Moussa Sidibe, dilayangkan kad merah.
David Turnbull membuka tirai jaringan susulan melepaskan rembatan menewaskan Andoni Zubiaurre untuk kedudukan 1-0.
Skuad kendalian Xisco Munoz menemui sentuhan jaringan penyamaan menerusi Jairo Da Silva, tetapi Robin Colwill kembali meletakkan Cardiff City di hadapan.
Pada minit ke-83, Yousef Salech diarah keluar selepas melakukan terjahan keras, sekali gus dilayangkan kad merah kedua aksi oleh pengadil, dan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan beraksi bersama 10 pemain.
Mujur Oscar Arribas sempat menghukum kealpaan barisan pertahanan lawan, sebelum menjaringkan gol penyamaan untuk dua kelab tersebut sekadar berpuas hati dengan berkongsi jaringan 2-2 melewati tamat perlawanan.

????????????? ???? ????????
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 9, 2025
FT: CARDIFF CITY (WAL) [2-2] JDT
(David Turnbull 48’ / Rubin Colwill 62’)
(Jairo Da Silva 59’ / Oscar Arribas 90+3’)
More photos at https://t.co/Dv9bfRgMrV#Preseason #Spain#JDTinSpain#JDTDoingJDTThings#WhatCanYouDo… pic.twitter.com/xbcYwrNaHs