Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Badrul Afzan optimis Terengganu sedia hadapi saingan musim baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badrul.jpg
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui memikul tugas berat dalam memacu pasukannya mencapai prestasi lebih baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) berbanding musim lalu.

Dia sedar tugasan berat menanti, namun tetap optimis dengan persiapan rapi ketika pramusim dan tidak mustahil sasaran untuk menempatkan diri di kelompok lima pasukan terbaik mampu direalisasikan.

Pengendali berusia 49 tahun itu turut berharap kehadiran enam pemain import termasuk Nurillo Tukhtasinov yang kekal bersama Skuad Penyu, mampu memberikan nilai tambah terbaik kepada pasukannya.

Untuk rekod, musim lalu skuad Peteh menamatkan kempen liga di kedudukan kelima hasil daripada sembilan kemenangan, lapan kali seri serta tujuh kali tewas.






"Sudah tentu kerisauan ada kerana tanggungjawab besar tetapi saya melihat daripada aspek positif, perlukan masa dan saya harap ada penambahbaikan daripada setiap perlawanan.

"Kami tahu kami perlu pemain import seramai yang mungkin tetapi saya percaya dengan enam pemain import dibantu pemain tempatan.

"Saya percaya Terengganu bersedia untuk menghadapi Liga Super musim ini." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video