Skip to main content

Bola Sepak

Potter seru Chelsea bina rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

potter.jpg
CHELSEA 1 LEEDS 0 

Graham Potter berpendapat kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Leeds United sebagai momentum yang perlu dibina menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Borussia Dortmund.


Gol pertama Wesley Fofana dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) meredakan tekanan yang dipikul pengurus itu selepas sekadar menang sekali daripada 11 perlawanan.

Chelsea kecundang buat kali ketiga berturut-turut tanpa menjaringkan gol sebelum menamatkan rentak buruk itu ketika berdepan Leeds yang diancam penyingkiran di Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

The Blues bakal berhitung dengan Dortmund di tempat sendiri awal pagi Rabu ini dan terdesak memadam defisit 0-1 untuk mara ke suku akhir.

Potter berharap kemenangan yang amat diperlukan ke atas Leeds itu akan menjadi detik kebangkitan mereka. 

Dia memberitahu BBC Sport: "Saya gembira bagi pihak pemain dan penyokong. Kami terpaksa menderita. Ia adalah tempoh yang mencabar. Saya fikir kami beraksi dengan baik dalam babak pertama dan menyerang dengan baik.





"Kami merupakan pasukan pincang ketika ini jadi ia merupakan satu karakter hebat yang ditonjolkan pemain, mereka mengambil berat dan menunjukkan perpaduan dalam pasukan ini. Ia memberi kami sesuatu untuk dibina.

 

"Orang ramai mengambil berat. Pemain mahu menang dan penyokong mahu kami bermain dengan baik kerana di kedudukan 1-0 dalam EPL, apa sahaja boleh berlaku.

"Mengenangkan prestasi kami ketika ini maka tidak menghairankan wujudnya kegelisahan. Pemain bergelut untuk kemenangan dan ia membolehkan kami terus bergerak ke hadapan."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video