Potter jalani 'tugas menakjubkan' di Chelsea -- Bruno Saltar
Ammar Hakim
April 3, 2023 05:59 MYT
April 3, 2023 05:59 MYT
Ketua jurulatih sementara Chelsea, Bruno Saltar, percaya Graham Potter melakukan 'tugas yang menakjubkan' di kelab itu walaupun dia dipecat.
The Blues memutuskan hubungan dengan Potter pada hari Ahad berikutan kekalahan kepada Aston Villa yang menyaksikan kelab itu jatuh ke separuh terbawah kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Pemecatan Potter berlaku kurang daripada tujuh bulan selepas pelantikannya di Stamford Bridge, di mana dia menggantikan jurulatih pemenang Liga Juara-Juara, Thomas Tuchel, dan memperoleh perbelanjaan besar pada jendela Januari.
Ketidakupayaan untuk mendapatkan yang terbaik daripada barisan rekrut Chelsea, dengan kekurangan gol sebagai isu utama, akhirnya membawa kepada penyingkiran Potter.
Di sebalik semua itu, Potter melakukan kerja yang mengagumkan di barat London di mata Bruno.
“Saya di sini sekarang kerana Graham dan kelab fikir itu adalah langkah yang betul, saya di sini hanya cuba membantu kelab dan menjadi yang paling profesional yang saya boleh,” katanya.
"Saya hanya cuba meneruskan proses itu, untuk bekerjasama sebaik mungkin. Saya fikir Graham melakukan kerja yang menakjubkan. Bola sepak adalah perniagaan yang sangat kompleks dan kami perlu meneruskannya.
"Ia benar-benar sukar di setiap peringkat, anda perlu berurusan dengan sidang akhbar, anda perlu berurusan dengan pemain. Sukar untuk menanganinya, ia adalah 12 jam yang sangat sukar."
-7.4 - Chelsea underperformed their xG by 7.4 during Graham Potter's Premier League reign, the worst differential of any side since his first game in charge (21 goals from 28.4 xG). -7.4 | Chelsea -6.7 | West Ham -6.1 | Everton -5.8 | Southampton -5.3 | Forest Familiar. pic.twitter.com/3D0iZUAc7y
— OptaJoe (@OptaJoe) April 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.