Skip to main content

Bola Sepak

Portugal sahkan slot ke Piala Dunia 2026, pesta gol tanpa Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

protu.jpg

Portugal mengesahkah slot ke Piala Dunia 2026 selepas mencipta kemenangan besar menewaskan Armenia 9-1 dalam saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Porto, malam tadi.

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dan perancang Al-Hilal, Ruben Neves mencipta hatrik dengan tiga jaringan lagi hadir menerusi Renato Viega, Goncalo Ramos dan Fracisco Conceicao.

Advertisement

Portugal yang mengungguli saingan Kumpulan F dengan 13 mata memastikan mereka bertanding dalam edisi Piala Dunia 2026 yang merupakan penyertaan buat kali ketujuh berturut-turut, serta menjadi kejohanan yang masih belum dimenangi pasukan itu selepas Euro 2016.

 


Portugal turun tanpa khidmat bintang utama, Cristiano Ronaldo, selepas mengutip kad merah pertama dalam 226 penampilan bersama Portugal ketika berdepan Ireland minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan kad merah ke-13 dalam kerjaya Ronaldo tetapi yang pertama untuk Portugal.

Ronaldo, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak antarabangsa, berpotensi terlepas permulaan Piala Dunia jika Portugal layak, bergantung pada tempoh penggantungannya.

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Must Watch Video