Skip to main content

Bola Sepak

'Portugal azam rangkul Piala Dunia 2026 untuk Diogo Jota'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jota.jpg
Pemain tengah  Al-Hilal, Ruben Neves, berkongsikan ingatan akan Diogo Jota akan memacu Portugal untuk memenangi Piala Dunia 2026 dan akan menjadikan mereka lebih berazam untuk merangkul trofi paling berprestij itu.

Jota, yang mempunyai 49 kap dan telah merekodkan 14 jaringan buat Portugal, meninggal dunia bersama abangnya Andre Silva dalam satu kemalangan kereta pada awal bulan lalu.

Malah, Jota telah memenangi Liga Negara-Negara bersama skuad Lusitania itu sebulan sebelum dia meninggal dunia.


 

Neves antara pemain yang beraksi bersama Jota ketika di Wolves dan skuad kebangsaan, malah Neves antara yang mengusung keranda Jota meskipun dia berada dalam kempen Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat sebelum ini.

"Kami sudah tidak sabar untuk melakukan perkara ini (menang Piala Dunia) untuk Portugal, tetapi kini kami mempunyai lebih banyak motivasi.

"Saya rasa setiap daripada kami telah mewarisi sedikit daripada apa yang Diogo ada di atas padang, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu dia memenangi gelaran itu bersama kami." katanya.

Portugal akan memulakan kempen Kelayakan Piala Duna 2026 menentang Armenia pada 6 September depan.

Advertisement

Must Watch Video