Kapten baru Manchester United, Michael Carrick, menyifatkan rakan sepasukannya, Paul Pogba, memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi ketua pasukan United di masa akan datang.
Carrick diberikan lilitan lengan ketua pasukan setelah Wayne Rooney membuat keputusan untuk kembali ke Everton selepas 13 tahun berada di Old Trafford.
Bagaimanapun, Carrick dilihat bakal mengetuai The Red Devils dalam tempoh yang singkat selepas pemain yang bakal menjengah usia 36 tahun pada minggu depan itu hanya tampil dalam 18 perlawanan liga musim lalu.
Justeru, Carrick menamakan pemain termahal dunia itu sebagai calon yang layak untuk mengetuai skuad kendalian Jose Mourinho apabila tiba masanya untuk melepaskan lilitan tersebut.
“Pogba jelas memiliki ciri-ciri pemimpin yang diperlukan United.
“Saya pasti pengurus (Mourinho) pasti merangka perancangan jangka panjang, terutama apabila tiba masa untuk menggantikan saya dan ya, Pogba mampu menjadi kapten pada masa depan,” kata Carrick.
Pogba menjaringkan lima gol dalam saingan liga musim lalu dan Carrick mahu agar pemain Perancis berusia 24 tahun itu terus bersabar dalam mengukuhkan kariernya bersama United.
“Dia mempunyai masa untuk mengubahnya. Saya sedar dia telah berada di sini sejak kecil, namun segala-galanya telah berubah dan Pogba sendiri telah memberikan sesuatu yang berbeza.
“Saya rasa saya telah melihat banyak peningkatan padanya dan kita akan saksikannya lagi musim depan,” tambahnya.