Walaupun gol lewat Kylian Mbappe itu meletakkan The Parisians di ambang ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), prestasi Messi dalam pertemuan pertama di tempat sendiri tersebut mengundang kritikan.
Sejak musim pertamanya dalam kejohanan itu (2004-05), tiada pemain yang terlepas sepakan penalti terbanyak berbanding Messi apabila gagal dalam lima tendangan.
Begitupun, bercakap menjelang lawatan PSG Ligue 1 ke Nantes awal pagi esok, Pochettino dengan tagas mempertahankan rakan senegaranya dari Argentina itu.
“Messi adalah yang terbaik di dunia,” kata bekas pengurus Tottenham itu.
“Pemain sepertinya, dengan pengalamannya adalah satu intipati bola sepak.
“Jika anda ingin menjelaskan kepada seseorang tentang maksud bola sepak, ia menjurus kepada Leo Messi.
"Sseekali terlepas sepakan penalti tidak akan menjejaskan keyakinannya, itu mustahil. Jika ada yang beranggapan begitu, maka mereka tidak faham tentang sukan ini.
"Saya gembira dengan persembahannya. Dia beraksi dengan baik (menentang Madrid), kami bergantung kepada keupayaannya untuk menghubungkan bahagian berbeza di atas padang.
"Leo Messi adalah bola sepak."
?️♂️⚽️? #FCNPSG pic.twitter.com/WIqP2yflxU
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 17, 2022
Pochettino turut mengesahkan Neymar kini dalam persaingan untuk merebut kesebelasan utamanya sejak mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Saint-Etienne November lalu.
"Neymar boleh bermula (menentang Nantes)," katanya.
“Dia telah beraksi dengan baik ketika berlatih dan dia begitu fokus di setiap peringkat pemulihannya. Ini menunjukkan komitmennya untuk kembali ke tahap terbaiknya dan membantu pasukan.
"Ketika ini, kami berharap dia dapat mengatasi masalah ini. Melalui permainan kompetitif, dia boleh mencapai tahap terbaiknya."