Skuad negara melakukan sedikit perubahan daripada segi susunan pemain, namun ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, akan mengekalkan formasi 4-2-3-1 sebagai ancaman buat Timor Leste dalam perlawanan play-off kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kemenangan 7-1 yang dilakar dalam perlawanan pertama Jumaat lalu masih belum cukup untuk memuaskan Harimau Malaya.
Antara yang akan dikekalkan Cheng Hoe ialah Nor Shahrul Idlan Talaha selaku penggempur utama sambil tiga pemain lain menjadi calon untuk menggantikan Syafiq Ahmad yang tercedera dalam perlawanan pertama.
"Setiap pemain pasti sudah bersedia untuk diturunkan.
"Apa yang penting, saya mahu pemain memperoleh rehat yang secukupnya kerana kami sebelum ini beraksi dalam perlawanan yang berkeamatan tinggi.
"Saya berharap mereka sudah memulihkan tenaga bagi menghadapi aksi malam ini," katanya.