Skip to main content

Bola Sepak

PKNS tolak dakwaan tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mahfizul-pkns.jpg
Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, menegaskan kelab itu tiada hasrat mengundurkan diri daripada saingan liga sungguhpun akan mengemukakan rayuan berhubung tindakan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengenakan hukuman denda RM1.5 juta terhadap mereka. 

"Bagi pihak pengurusan kelab, kami akan merayu terhadap keputusan itu. Namun, keputusan untuk menarik diri saya rasa tidak akan dilakukan memandangkan kami sudah lama berada dalam saingan Liga Malaysia.

"Kami juga mempunyai misi dan objektif tertentu dalam aspek pembangunan bola sepak di negeri Selangor," katanya.

PKNS adalah antara empat pasukan Liga Super yang berdepan hukuman denda RM1.5j daripada badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu atas kelewatan menghantar pendaftaran pemain. 

Turut tersenarai ialah Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor. 

Tambah Mahfizul, PKNS memahami tindakan FMLLP dengan mengambil pendekatan tegas dalam menangani perkara ini. 

Namun, beliau juga mengakui ia adalah cabaran buat pengurusan Semut Merah untuk memastikan tidak dikenakan hukuman pemotongan mata tertangguh pada hujung musim ini. 

"Kami yakin, jika tiada sebarang halangan kami tidak akan melanggar sebarang peraturan dan situasi ini adalah pengajaran besar buat pihak pengurusan kelab sendiri."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video