Skip to main content

Bola Sepak

PKNS serah kerajaan negeri putuskan pembabitan Akademi Merah Kuning

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akademi-merah-kuning-030517.jpg
Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar, menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor sama ada akan membabitkan kelab itu atau tidak dalam pentadbiran Akademi  Merah Kuning di Puncak Alam. 

Kekeruhan hubungan di antara kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebelum ini memberi gambaran kemungkinan PKNS akan terbabit dengan Akademi Merah Kuning. 

Namun, Siti Zubaidah menegaskan belum ada lagi sebarang arahan daripada kerajaan negeri untuk membabitkan PKNS buat masa ini. 

"Akademi Merah Kuning adalah akademi yang ditubuhkan kerajaan negeri manakala PKNS memang sudah mempunyai akademi untuk tujuan pembangunan yang sudah berusia 10 tahun. 

"Bagi Akademi Merah Kuning, kami hanya menunggu arahan atau apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, skuad Semut Merah sedang memantau beberapa calon import baru bagi menguatkan pasukan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), 15 Mei ini. 

Antara calon import yangs udah diuji PKNS termasuk bekas tonggak West Bromwich Albion (WBA), Kim Do Heon, dari Korea Selatan dan pemain dari Portugal, Fabio Fereira, yang beraksi dalam Liga Australia. 

"Buat masa ini, kami sedang mengadakan perbincangan.

"Ada beberapa pemain sudah pun turun (menjalani latihan). 

"Mungkin selepas menentang Kedah nanti (Liga Super hujung minggu ini), lebih ramai calon pemain yang akan turun untuk dipilih mengisi slot yang diperlukan. 

"Mungkin kami cuba tiga atau empat calon untuk dipilih bagi menguatkan posisi tertentu," kata ketua jurulatih, E. Elavarasan. 

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video