Skuad PKNS FC menghampakan impian Kuala Lumpur yang cuba bangkit mendapatkan keputusan seri ketika menang tipis 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
PKNS dan Kuala Lumpur turun tanpa tonggak utama masing-masing yang dilanda kecederaan selain penggantungan perlawanan.
Bagaimanapun, PKNS mencipta kejutan apabila perlawanan baru berusia 25 saat yang menyaksikan Romel Morales melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk tuan rumah mendahului 1-0.
Rakan sepasukan, Kpah Sherman, pula menjarakkan kedudukan kepada 2-0 hasil tandukan pada minit ke-30.
Kuala Lumpur kemudian merapatkan jurang sebelum tamat babak pertama menerusi penyerang veteran, Indra Putra Mahyuddin, yang juga golnya yang ke-100 dalam kancah Liga Super.
Aksi dalam babak kedua pula menyaksikan PKNS menambah satu lagi gol pada minit ke-78 apabila Sherman memanfaatkan peluang dalam kawasan penalti untuk kedudukan menjadi 3-1.
Kuala Lumpur tidak mengalah apabila Guilherme De Paula merapatkan kedudukan tiga minit kemudian tetapi belum cukup untuk menghalang PKNS daripada mengutip mata penuh.
"Sebaik saya menemui ruang untuk melakukan rembatan, saya pasti akan membuat percubaan.
"Saya memang gemar membuat rembatan deras dan saya tidak jemu untuk membuat percubaan seperti itu.
"Jaringan ini bagus buat saya," kata Morales.
Menurut ketua jurulatih skuad Warga Kota, Chong Yee Fatt: "Kami mencipta lebih banyak gerakan dan peluang sehingga penghujung permainan, malangnya kami tidak menemui jaringan penyamaan."