Skip to main content

Bola Sepak

PKNS FC tumpas kepada Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-pkns.jpg
PKNS FC 1 KEDAH 3

PKNS FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tumpas 1-3 kepada Kedah dalam suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.


Pelawat terlebih dahulu di depan menerusi penyudah Fernando Rodriguez pada minit ke-12.

Belum sempat PKNS FC menyusun rentak, Kedah sekali lagi menghukum kerapuhan benteng pasukan tuan rumah itu apabila Jonatan Bauman menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-26.

Malang berterusan buat PKNS FC apabila pertahanan import, Tamerlan Kozubaev, dilayangkan kad merah pada minit ke-32.

Kesempatan itu dimanfaatkan Kedah dengan Bauman sekali lagi menemui sasaran sebelum menuju ke bilik persalinan.

Bagimanapun, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal, PKNS FC, kembali menyusun rentak sebelum Gabriel Guerra menjaringkan gol pada minit ke-64.

Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dalam suku akhir kedua di Alor Setar, 10 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video