PKNS FC bukan sahaja berazam untuk mencari bekalan gol selesa di Stadium Shah Alam, malah turut bersedia menamatkan kemarau kemenangan empat tahun ke atas Kedah menjelang suku akhir pertama Piala FA, malam ini.
Berdasarkan sembilan pertemuan lalu, tiga daripadanya diungguli skuad Lang Merah itu manakala selebihnya berakhir seri.
Kali terakhir PKNS menewaskan Kedah adalah pada 2015 ketika kedua-dua pasukan itu masih beraksi dalam Liga Perdana.
Kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan liga, Sabtu lalu, menjadi tonik terbaik buat skuad kendalian K. Rajagobal itu untuk mencipta kejutan dan menamatkan kemarau kemenangan terhadap juara Piala FA edisi 2017 berkenaan.
"Kami tidak boleh menawarkan hati pemain kerana dalam Piala FA, segala-galanya boleh terjadi.
"Kami perlu menghadapi perlawanan itu dan jika anda tanyakan kepada saya, setiap pasukan perlu ada mentaliti kemenangan," kata Rajagobal.
Kedua-dua pasukan sedang meniti situasi sama dengan kecederaan dan penggantungan pemain menjadi cabaran terbesar menjelang aksi di Shah Alam itu.
PKNS mahu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk mencari bekalan gol selesa sebelum berentap semula di Alor Setar, 10 Mei ini.
"Ia pasti bukan mudah kerana Kedah adalah pasukan yang baik.
"Kami perlu mempercayai diri kami.
"Apabila pemain menyedari ia adalah saingan kalah mati, saya berharap mereka akan bersedia," tambahnya.