Skip to main content

Bola Sepak

PKNS FC mahu atasi pencapaian musim lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rajagobal.jpg
PKNS FC akan membuka kempen Piala Malaysia dengan menentang Terengganu FC (TFC) di gelanggang lawan Jumaat ini.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu diundi dalam Kumpulan A bersama Terengganu, Kedah dan wakil Liga Perdana, Negeri Sembilan.

Ketika peluang pasukan itu dan TFC dilihat seimbang, Kedah pula diletakkan sebagai pencabar kejuaraan.

The Red Ants akan terlebih dahulu ke Kuala Terengganu sebelum ke Paroi untuk menentang Negeri Sembilan lima hari kemudian.

Pasukan itu meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir bagi memperbaiki pencapaian musim lalu -- disingkirkan pasukan juara, Perak, dalam suku akhir.

"Kami sedar kami akan bertandang ke Kuala Terengganu dan setiap kali kami ke sana, kami akan berdepan cabaran yang sengit.

"Kami juga sedar mereka memiliki pemain yang baik.

"Kami perlu ingat bahawa kami ke sana untuk mendapatkan keputusan yang positif," kata Rajagobal.

Advertisement

Must Watch Video