Skip to main content

Bola Sepak

PKNS FC ikat Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pkns-2019.jpg
TERENGGANU FC 1 PKNS FC 1

Jaringan pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff, seminit sebelum tamat permainan menyelamatkan maruah Terengganu FC (TFC) yang sekadar seri 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.


Awal permainan dikuasai TFC apabila tandukan Igor Zonjic pada minit ke-11 tersasar sebelum jaringan Khairul Izuan Rosli (m-16) dibatalkan kerana ofsaid. 

TFC dihidangkan peluang terbaik dua minit kemudian apabila lorongan Sanjar Shaakhmedov sampai di kaki Kipre Tchetche, namun sepakan leretnya ditepis penjaga gol lawan.

Pintu gol PKNS FC diuji lagi menerusi Thierry Chantha Bin pada minit ke-19, mujur percubaan jarak jauh pemain kebangsaan Kemboja itu tinggi melepasi sasaran.

PKNS FC hanya memiliki peluang terbuka ketika aksi berusia 34 minit, malangnya tandukan Gabriel Guerra lemah ke dakapan Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Gandingan Shaakhmedov-Tchetche sekali lagi hampir menceriakan tuan rumah tetapi Muhamad Zarif Irfan Hashimuddin tangkas menafikan rembatan Tchetche pada minit ke-37.

PKNS FC mengejutkan tuan rumah apabila Nicholas Swirad menyambar sepakan penjuru Chan Vathanaka pada minit ke-65 dengan menanduk masuk.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu gagal mempertahankan kelebihan itu selepas Abdul Malik menyamakan kedudukan pada minit ke-89 sebelum wisel penamat dibunyikan untuk kedudukan kekal 1-1.

Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Advertisement

Must Watch Video