Skip to main content

Bola Sepak

PKNP menanti JDT II di Ipoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abubakar1.jpg
Menyedari Liga Perdana hanya berbaki tujuh perlawanan lagi untuk musim ini, jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyarankan agar pemainnya lebih fokus kerana saingan pasti lebih sengit.

"Sudah semestinya pasukan lain akan lebih berwaspada apabila berjumpa kami. Oleh itu, kami perlu lebih bersedia mental dan fizikal jika mahu melangkah lebih jauh," katanya.

Mengenai pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) malam esok, Abu Bakar tidak menafikan pasukan lawan itu mampu mengecewakan mereka.

"Oleh itu, elakkan sebarang kecuaian. Jangan terlalu yakin sebagai tuan rumah. Kami menentang pasukan yang baik, iaitu JDT II."

Abu Bakar turut menyatakan terdapat rombakan di dalam skuad kendaliannya bertemu lawannya itu.

"Pemain pertahanan, Muhd Norhizwan Hassan, mengalami kecederaan manakala Mohd Ezanie Mat Salleh digantung perlawanan. 

"Walaupun begitu, saya yakin pemain gantian mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.  Hujung-hujung ini saya dan pasukan tidak mahu kehilangan mata," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video