Skip to main content

Bola Sepak

PKNP FC mahu kutip sebanyak mata yang boleh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-bakar-fadzim.jpg
PKNP FC akan berusaha mengutip sebanyak mata yang mungkin dalam baki empat perlawanan, bermula daripada pertembungan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super 2019.

Dengan pasukan itu kini di kedudukan ke-11, ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, berkata PKNP FC tiada pilihan melainkan mengutip sebanyak mata yang termampu bagi menyelamatkan diri.

"Saya berharap pemain mampu mempamerkan persembahan terbaik seperti sebelum ini untuk mengutip mata," katanya.

PKNP FC mengutip dua mata daripada tiga perlawanan apabila seri 1-1 dengan juara, Johor Darul Ta'zim (JDT), dan PKNS FC 2-2.

"Kami hampir mengutip mata penuh ketika bertemu PKNS FC sebelum lawan menafikan kemenangan kami melalui sepakan penalti," katanya.

Jurulatih itu berharap anak buahnya melupakan segera kekecewaan itu dan bangkit dalam perlawanan dengan Kedah.

"Perlawanan ini pastinya tidak mudah kerana Kedah sedang bersemangat tinggi selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA kali ini.

"Oleh yang demikian, setiap pemain perlu berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan ini," tambahnya kecuali Fadhil Idris yang masih menjalani penggantungan.

Advertisement

Must Watch Video