Selepas berjaya mengikat Kedah di Alor Setar empat hari lalu, PKNP FC akan cuba mengutip mata apabila bertemu Melaka dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Bagi jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, perlawanan itu satu lagi misi menyelamatkan pasukan daripada tersingkir ke Liga Perdana 2020.
"Kami tiada pilihan kecuali mengelak kekalahan dalam perlawanan ini.
"Misi sama iaitu mengutip mata. Satu matapun jadilah asalkan kami boleh keluar dari zon penyingkiran," katanya.
Bagaimanapun, Abu Bakar sedar mereka bertemu pasukan yang berada di kedudukan kelima Liga Super ketika ini.
"Memang kami berhadapan tugas getir tetapi akan cuba kutip mata dalam perlawanan ini demi menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Liga Perdana 2020," ujarnya.
Dengan berbaki tiga perlawanan, PKNP FC ketika ini berada di kedudukan ke-10 selepas mengutip 15 mata.
Kuala Lumpur di kedudukan ke-11 dengan 14 mata manakala Felda United ke-12.
Abu Bakar yang sedang mengikuti kursus anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyertai anak buahnya petang ini.
Beliau berharap pemain PKNP FC mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika mengikat Kedah di Alor Setar, empat hari lalu.