PIALA FAM
PJ Rangers disasar ke Liga Perdana selepas tiga kali gagal
Selepas tiga kali gagal ke Liga Perdana, Timbalan Presiden Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers), Simon Lim, berharap tahun 2018 akan menjadi hadiah paling bermakna buat
dirinya sempena sambutan Krismas, semalam.
Dikenali dengan nama Airasia All Stars sebelum ini, pasukan ini telah tiga musim beraksi dalam saingan Piala FAM sejak 2015.
Sudah bersilih-ganti jurulatih dan pemain, hajat PJ Rangers ke Liga Perdana masih tersekat dan terbaru musim ini, mereka gagal di peringkat suku akhir Piala FAM.
Iklan
"Kami antara pasukan yang terawal membuat persiapan dan memiliki barisan kejurulatihan yang berkualiti serta pemain-pemain muda yang berpotensi," katanya.
Melalui perubahan ketara dengan mempertaruhkan 95 peratus pemain muda B-25 tahun musim depan, Simon optimis PJ Rangers tidak akan dikecewakan lagi.
Selain itu, beliau mengesahkan PJ Rangers akan kekal dalam saingan Liga Malaysia untuk tempoh jangka panjang.
Menafikan khabar angin tahun depan adalah usaha terakhir pasukan itu, Simon menjelaskan mereka dalam usaha membina Akademi PJ Rangers yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada 2019.
"Kami sedang berusaha mendapatkan persetujuan dengan MBPJ. Kami memerlukan tanah yang sekurang-kurangnya 10 ekar untuk membuat empat padang serta beberapa fasiliti lain," katanya.
Must-Watch Video