Skip to main content

Bola Sepak

PJ City lebih berkeyakinan selepas menang besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pj-city.jpg
Ketua jurulatih Petaling Jaya City FC, P. Maniam, mengakui pasukannya kini lebih berkeyakinan selepas membelasah Terengganu FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya kelmarin.

Bagaimanapun, menjelang aksi menentang Sri Pahang FC di Kuantan malam esok, Maniam mahu skuad The Phoenix itu tetap berwaspada dengan kekuatan tuan rumah, yang memiliki barisan pemain import dan tempatan terbaik yang mampu menjadi pemisah dalam perlawanan itu.

Dia berkata kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly: "Sri Pahang sememangnya pasukan yang kuat. Mereka mempunyai pemain tempatan yang berkualiti dan mereka juga mempunyai pemain naturalisasi dan pemain asing.

"Bukan mudah untuk menentang pasukan sebaik Pahang tetapi sudah pasti kemenangan 3-0 ke atas Terengganu memberikan keyakinan untuk pemain PJ City beraksi dengan lebih bagus.

"Tetapi kami tidak boleh mengambil mudah dan perlu fokus untuk memberikan 100 peratus dalam perlawanan ini," katanya.


*Kredit foto: PJ City FC
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video