Skip to main content

Bola Sepak

PJ City kunci mulut kelibat Hazwan Bakri, Gary Steven Robbat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazwan-bakri.jpg
Petaling Jaya (PJ) City dalam usaha meminjam dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang melibatkan Hazwan Bakri dan Gary Steven Robbat.

Kelab yang mempertaruhkan pemain tempatan itu ketandusan penyerang utama berikutan Darren Lok masih dibelenggu kecederaan.

Jurulatih pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, P Maniam, bagaimanapun memilih untuk berahsia dengan perancangan mengambil dua pemain terbabit sambil menegaskan hanya akan membuat pengumuman rasmi sebaik kata putus diambil berhubung pendaftaran pemain baru dalam jendela kedua perindahan Liga Malaysia (Liga-M), bulan ini. 





"Kami belum dapat mendedahkan sebarang perkembangan lagi tapi dalam masa 5-6 hari ini, kita akan dapat tahu mereka akan menyertai kami atau tidak.

"Kalau tidak dapat (memancing muka baru) sekalipun, kami tetap yakin dengan skuad sedia ada apabila Mahali Jasuli dan Daren akan kembali dalam latihan. 

"Kami juga memiliki Khyril (Muhymeen) Zambri dan R. Kogileswaran di bahagian serangan untuk mengisi kesebelasan utama," katanya dalam Nadi Arena, sebentar tadi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video