Skip to main content

Bola Sepak

PJ City belum tekan butang panik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pj-city.jpg
Ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam, kekal positif di sebalik kegagalan menamatkan kemarau kemenangan dalam tujuh perlawanan.

Kelab Lembah Klang itu belum mampu keluar daripada cengkaman kekalahan apabila tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, malam tadi, sekali gus merekodkan kekalahan ketujuh musim ini untuk berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super. 

"Kami masih di landasan tepat. Apa yang lebih utama ialah memberi tumpuan perlawanan seterusnya. 

"Kami masih berpeluang sebab ini adalah saingan liga, masih ada baki tujuh perlawanan.

"Kalau kami menang dua kali, kami mungkin berakhir di tangga kelapan.

"Kami perlu memotivasikan pemain untuk menuju ke landasan sebenar," katanya selepas perlawanan.




Sementara itu, jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, K. Devan, enggan terlalu selesa sekalipun kedudukan tiga teratas tampak terjamin berdasarkan perbezaan dengan pasukan di tangga ke-4, Terengganu, adalah 12 mata.
 
Bekas jurulatih Selangor dan PJ City itu menuntut anak buahnya agar kekal fokus untuk mengharungi baki enam perlawanan Liga Super.

"Ini adalah kemenangan keempat berturut-turut kami, menang 2-0 dan tidak dibolosi merupakan satu prestasi yang sangat baik. 

"Andai kami mengutip mata dalam dua perlawanan seterusnya, kempen kami mungkin berakhir di tangga kedua atau ketiga," katanya pula.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video