Skip to main content

Bola Sepak

PJ City bangkit ikat JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pj-city-seri-jdt.jpg
PJ City FC menamatkan aksi bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan penuh dramatik apabila bangkit untuk seri 2-2 di Stadium MBPJ, sebentar tadi. 

JDT yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala FA Sabtu lalu apabila mengatasi Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kembali beraksi di Lembah Klang bagi aksi Liga Super.

Skuad kendalian Hector Bidoglio berdepan kesukaran untuk mendapatkan jaringan pembukaan selepas terpaksa menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0 -- Nazmi Faiz menghasilkan peluang namun rembatannya menggegar palang.

Gerakan jentera serangan yang dipamerkan oleh Arif Aiman Hanapi bergandingan bersama Bergson da Silva namun rembatan awang import itu sekadar melepasi gawang PJ City.

Jaringan akhirnya terhasil pada separuh masa kedua, Bergson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47, hantaran silang Matthew Davies terkena tangan bek kiri tuan rumah, Filemon Anyie, sekaligus pengadil memberikan keputusan penalti buat pelawat.

Jaringan tersebut tidak menggugat PJ City apabila bangkit dengan jaringan penyamaan, gerakan daripada sayap kanan direncana Mahali Jasuli bijak mencari penyerang kebangsaan Darren Lok, untuk menampan masuk bola ke gawang bekas kelabnya itu.

Davies sekali lagi menghasilkan peluang buat JDT, Akhyar Rashid berjaya mendapatkan hantaran bek kanan itu sebelum merembat masuk mengatasi penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Ketika pelawat seakan kelihatan pulang dengan tiga mata, PJ City memberikan asakan di bahagian tengah bagi mendapatkan kawalan bola sebelum R. Kogileswaran bijak melakukan lencongan daripada luar kotak penalti sekaligus menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua bagi skuad kendalian P. Maniam menamatkan perlawanan berkongsi mata dengan JDT.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka United seri tanpa jaringan dengan KL City FC.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video