Pirlo tolak cadangan Barcelona dilanda krisis
Ammar Hakim
Disember 8, 2020 11:12 MYT
Disember 8, 2020 11:12 MYT
Andrea Pirlo menolak idea Barcelona berdepan krisis sementara menolak untuk menyaakan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, jauh lebih baik berbanding Lionel Messi sebelum pertembungan antara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Juventus berdepan Barca yang masih lagi meratapi kekalahan 2-1 kepada Cadiz dalam LaLiga menyaksikan mereka ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga Atletico Madrid selepas 10 perlawanan.
Skuad kendalian Ronald Koeman bagaimanapun cemerlang dalam saingan UCL dengan lima kemenangan dalam lima perlawanan Kumpulan G, termasuk kemenangan 2-0 di Turin Oktober lalu.
Juve menang di Camp Nou kali terakhir pada April 2003 (2-1), selepas gagal untuk meraih kemenangan dalam dua kunjungan terakhir sebelum ini.
The Bianconeri tidak menjaringkan gol dalam empat perlawanan berdepan Barca dan Pirlo berkata mereka tidak berdepan masalah, walaupun gagal menyerlah di peringkat domestik.
"Saya tidak percaya dengan krisis Barcelona," kata Pirlo. "Kelab ini mempunyai jurulatih baru yang menggabungkan ideanya. Kami tahu bahawa dia mempunyai pasukan yang hebat.
"Mereka bertukar jurulatih tetapi masih lagi cemerlang ketika beraksi. Mereka harus mencari penyelesaian terbaik dan meletakkan pemain dalam keadaan terbaik untuk menunjukkan prestasi terbaik.
"Tetapi anda bermain setiap tiga hari dan ia menyukarkan mereka juga. Mereka pasukan berkualiti dan bakal bangkit dalam saingan liga."
Bianconeri ?? Barca! ?⚪️⚫️#BarçaJuve #JuveUCL #ForzaJuve pic.twitter.com/h6pxyamWw3
— JuventusFC (@juventusfcen) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Messi dan Ronaldo sebelum ini telah bertemu lima kali dalam saingan UCL, dengan Messi mendahului 3-0 ke atas pemain kelahiran Portugal itu daripada segi jaringan.
Ini bakal menjadi perlawanan pertama mereka sejak separuh akhir antara Real Madrid dan Barcelona pada Mei 2011 dan pertama kali Ronaldo sebagai pemain Juve.
Ketua jurulatih Barcelona, Ronalad Koeman, secara diplomatik menolak Messi sebagai pemain unggul berbanding Ronaldo, dan Pirlo turut menyuarakan perkara yang sama.
"Koeman betul mengatakan bahawa tidak adil untuk mengatakan siapa yang lebih baik," jelas Pirlo. "Mereka telah membuat persembahan dan telah melakukannya selama 15 tahun. Mereka telah berkongsi Ballon d'Or sejak 15 tahun yang lalu.
"Adalah memalukan untuk mengatakan jika satu lebih baik daripada yang lain. Mereka adalah fenomena yang membuat berjuta-juta peminat bergembira setiap kali mereka turun ke padang, tidak adil untuk mengatakan siapa yang lebih baik.
"Kita mesti berterima kasih kepada mereka berdua kerana mereka bagus untuk bola sepak."