SERIE A
Pirlo: Koronavirus telah jadikan saingan Eropah lebih seimbang
Andrea Pirlo menyedari Juventus sedang melalui musim "aneh" dalam Serie A tetapi percaya impak akibat pandemik koronavirus telah mengembalikan keseimbangan dalam bola sepak Eropah.
Juara Itali, Juve, kini berada di tangga keempat liga selepas 11 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu, AC Milan, tetapi bukan hanya mereka yang bergelut untuk mengekalkan standard tinggi seperti musim-musim sebelum ini.
Liverpool, Real Madrid, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain -- kesemuanya juara bertahan -- turut gagal mengisi kedudukan teratas liga masing-masing.
Iklan
Bahkan, setiap pendahulu dalam lima liga utama Eropah -- Tottenham, Real Sociedad, Bayer Leverkusen, Milan dan Lille -- hanya beraksi dalam saingan Liga Europa musim 2020-21.
"Ia kejohanan yang aneh tetapi kesemua liga di Eropah seperti itu," kata Pirlo kepada Juventus TV.
"Dengan COVID dan kesemua perlawanan menjadi lebih rapat, semuanya menjadi sedikit seimbang dan anda perlu menghadapi setiap perlawanan dengan mentaliti yang betul.
"Tiada lagi pasukan 'metarasso': pasukan kuat yang memikirkan mengenai bermain dan bukan hanya bertahan.
"Anda perlu menghadapi mereka semua dengan mentaliti khas, jika tidak anda berisiko menerima kejutan yang buruk," katanya.
Bagaimanapun, nasib Juventus kembali baik dalam beberapa minggu ini apabila memenangi empat perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan.
Mereka akan berdepan Atalanta awal pagi esok dan berpeluang untuk merekodkan lima kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Januari lalu.? "??? ?? ???????? ? ???????? ?? ?????": by @delpieroale! ?⚽️#GoalOfTheDay #ForzaJuve pic.twitter.com/dbRY8PR2rP— JuventusFC (@juventusfcen) December 15, 2020
"Apa yang lebih penting daripada keputusan adalah sikap dan tumpuan dalam menghadapi semua perlawanan dengan cara yang sama, dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan dalam liga.
"Apabila anda mempunyai sikap yang betul dan semangat untuk bermain, keputusan itu akan memihak anda," tambahnya.
Must-Watch Video