SERIE A
Pirlo jelaskan kepentingan Dybala susulan spekulasi perpindahan
Andrea Pirlo menegaskan bahawa Paulo Dybala merupakan pemain yang amat penting buatnya biarpun perancang Juventus itu secara terus-menerus menjadi mangsa spekulasi perpindahan.
Dybala, 27, sekali lagi dikaitkan akan meninggalkan juara Serie A itu walaupun berharap dapat memanjangkan tempoh perkhidmatannya di Juve menjelang tarikh luput kontraknya pada 2022.
Pemain kebangsaan Argentina itu, yang sedang dikaitkan untuk menyertai Manchester United, terlepas kemenangan 4-0 Juve ke atas Parma awal pagi tadi gara-gara kecederaan paha.
Iklan
Ditanya sama ada pemain itu penting buatnya, ketua jurulartih Juve, Pirlo, berkata kepada wartawan: "Sudah pasti. Juara sepertinya sentiasa menjadi asas kepada pasukan yang kuat."
Pirlo turut berharap Dybala dapat kembali diturunkan ketika Juventus melayani kunjungan Fiorentina, Selasa ini.
"Saya melatih semua pemain. Dybala salah seorang daripadanya. Kelakuannya amat bagus.
"Malangnya, dia mengalami kecederaan ringan dan mencuba untuk memaksa dirinya semalam.
"Tetapi dia gusar kecederaannya akan bertambah buruk. Kami berharap dia dapat kembali beraksi selasa ini," tambahnya.
Juve kini berada di tangga ketiga Serie A dengan satu mata di belakang AC Milan, yang akan bertandang ke laman Sassuolo, malam ini.
Must-Watch Video