Pintu masuk di Stadium Likas, Kota Kinabalu, bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia akan diperkemaskan pada musim baru nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket Dan Keselamatan Pintu, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Jackson Taguah, berkata penambahbaikan pintu masuk venue utama Sang Badak itu adalah bagi memastikan tiada ketirisan berlaku, termasuk penyokong yang masuk tanpa tiket.
"Persiapan di bawah jawatankuasa kami berjalan lancar. Tidak banyak perubahan berbanding musim lalu, cuma ada beberapa aspek kami perkemaskan.
"Penjualan tiket antara yang diberi perhatian bagi memastikan tiada ketirisan dan pergerakan keluar masuk penonton selesa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tiket Dan Keselamatan Pintu SAFA di Kota Kinabalu, semalam.
Jackson turut berharap penonton akan memberi kerjasama agar perlawanan di Stadium Likas dapat disaksikan dengan selesa dan meriah.
Sambil itu, harga tiket akan diumumkan minggu depan jika ada perubahan untuk kawasan tempat duduk berbumbung yang berharga RM20 dan untuk tempat duduk di kawasan terbuka, RM10.