PILIHAN SELANGOR 2-1 PILIHAN SINGAPURA
Gol minit akhir Chrigor Moraes mengesahkan kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, malam tadi.
The Red Giants membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi bintang muda, Harry Danish, sebelum jaringan penyamaan Takumi Yokohata lima minit sebelum kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan untuk menutup separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Babak kedua pula menyaksikan jaringan Chrigor Moraes yang masuk sebagai main gantian menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir permainan sekali gus menewaskan Hassan Sunny untuk mengesahkan kejuaraan buat kali ke-12 Selangor.
Untuk rekod, ini merupakan perlawanan pertama Selangor dibawah kendalian Christophe Gamel selepas Katsuhito Kinoshi direhatkan.
Dalam pada itu, pasukan Veteran Selangor terpaksa kur tewas kepada Veteran Singapura 4-3 menerusi aksi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang