Skip to main content

Bola Sepak

Pilih Harimau Malaya berbanding Kanada!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

corbin.jpg
Figura pertahanan kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin-Ong, yang memilih untuk mewakili Malaysia berbanding terus bersama Kanada antara semangat yang mencuri tumpuan dengan kehadirannya banyak membantu skuad negara.

Pemain berusia 34 tahun itu memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada 2019, dengan kap sulungnya ketika kem negara di bawah kendalian Tan Cheg Hoe dalam sebuah perlawanan persahabatan berdepan Nepal.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Barbados menetap di Kanada pada 2012, malah dia turut pernah beraksi bersama pasukan FSV Frankfurt dan Go Ahead Eagles sebelum menyertai Johor Darul Ta'zim pada penghujung 2017 sehingga kini.




 

Untuk rekod, sepanjang mewakili Harimau Malaya Corbin telah mengumpul 40 kap bersama Malaysia dan mengumpul empat jaringan. 

Gol terbarunya adalah ketika membantu skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-70 dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

Malah, mengikut transfermrkt dia telah beraksi dalam 181 perlawanan bersama JDT dengan Corbin telah menjaringkan sembilan jaringan serta melakukan 23 bantuan jaringan.





 

Advertisement

Must Watch Video