Skip to main content

Bola Sepak

Pijak bola dapat kad kuning -- Bekas pemain Man Utd dakwa itu peraturan bodoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

depay.jpg
Bekas pemain Manchester United, Memphis Depay, mengkritik keputusan Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) yang menghukum pemain kerana berdiri di atas bola semasa perlawanan.

Badan induk itu telah mengumumkan bahawa pemain harus dilayangkan kad kuning oleh pengadil jika mereka berdiri di atas bola dengan kedua-dua kaki dengan pasukan lawan diberikan kelebihan sepakan percuma tidak langsung.

Keputusan itu dibuat selepas bekas bintang Barcelona itu melakukan kemahiran tersebut pada masa kecederaan semasa memperoleh kemenangan berdepan menentang Palmeiras pada 28 Mac lalu.

Gerakan berkenaan menimbulkan kemarahan pemain Palmeiras dan mencetuskan pergaduhan besar-besaran antara kedua-dua pasukan.

Dalam kenyataan kepada kelab, CBF berkata tindakan berdiri di atas bola adalah "provokasi kepada saingan dan tidak menghormati permainan".

Bagaimanapun, Belanda itu berkata keputusan melarang gaya permainan itu tidak selaras dengan semangat permainan di Brazil.

 

"Saya benar-benar pergi ke Brazil untuk turut merasai sendiri Jogo Bonito [permainan indah] tetapi kini CBF mengumumkan bahawa tiada pemain boleh berdiri di atas bola atau pemain itu akan menerima kad kuning.

"Bukan kerana ia adalah faktor penting dalam bola sepak tetapi saya tidak nampak isu itu di sini. 

"Terdapat begitu banyak bakat di sini. Semangat bola sepak dalam cara mengekspresikan diri di atas padang tidak sepatutnya terhad.

"Saya benar-benar tertanya-tanya bagaimana rupa lembaga CBF. 

Siapa yang menentukan masa depan negara bola sepak yang indah ini?

"Mari kita fokus pada peraturan yang boleh menambah baik sukan atau apa yang menguntungkan kelab, peminat dan pemain dan bukannya pengumuman bodoh ini," luahnya di X. 

Advertisement

Must Watch Video