Skip to main content

Bola Sepak

Pierre-Emerick Aubameyang sanggup sertai semula Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aubameyang.jpg
Pierre-Emerick Aubameyang memberikan petanda mengenai kesediaannya untuk kembali ke pangkuan Barcelona pada musim panas ini.

Pemain antarabangsa Gabon itu bukan pilihan utama sejak Chelsea berbelanja mewah memancing bintang Ukraine, Mykhailo Mudryk, dan Joao Felix yang dipinjam daripada Atletico Madrid.

Aubameyang sekadar mengumpul satu gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, selepas berkelana ke The Blues pada permulaan kempen selain keinginan The Blues melepaskannya. 

La Blaugrana dikaitkan dengan perpindahan mengejut untuk penyerang veteran itu 




Aubameyang sendiri sempat mendedahkan bahawa dia 80 peratus menjurus untuk kembali ke Catalounya di sebalik meninggalkan kelab itu kurang dari 12 bulan lalu.

Menurut laporan Mundo Deportivo, Aubameyang masih mengharapkan berjodoh semula dengan Barcelona apabila berkata: “Dan saya ingin kembali ke Barça tetapi kita akan lihat apa yang berlaku."
 

Advertisement

Must Watch Video