MALAYSIA 0 INDONESIA 1
Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen Piala Wanita ASEAN 2024 dengan langkah kiri apabila tewas tipis 0-1 di tangan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Laos malam tadi.
Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan terikat tanpa jaringan sepanjang separuh masa pertama.
Bagaimanapun, pemain remaja Garuda, Claudia Scheunemann, menjaringkan gol tunggal Indonesia yang menjadi pemisah dalam perlawanan itu pada minit ke-79.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terperosok ke tangga terbawah Kumpulan B sambil Indonesia pula mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Pasukan bimbingan Soleen Al-Zoubi itu kini tiada pilihan selain menewaskan Kemboja dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Jumaat ini untuk meneruskan cabaran.
Muzaffar Musa
Tue Nov 26 2024