BOLA SEPAK
Piala Supermokh: PSG B-14 pamer kualiti
Gelanggang Piala Supermokh Edisi Ke-6 kali menyaksikan beberpapa pasukan kelab popular antarabangsa menyertainya seperti Paris Saint Germain (PSG), Carezo Osaka, NK Osijek selain tuan rumah sendiri Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Di kejohanan peringkat umur ini jugalah peluang terbaik kepada pemain-pemain remaja ini untuk mempamirkan kemahiran individunya dan kebijaksanaan dalam mengadaptasikan serta mempraktikannya di atas gelanggang menerusi ilmu yang telah mereka pelajari daripada jurulatih mereka.
Itu yang boleh kita lihat di kejohanan peringkat antarabangsa ini selain dapat mempelajari bagaimana budaya yang dibawa oleh negara-negara maju bola sepak.
Bukan itu sahaja apa yang lebih menarik bagi perhatian penulis tentang bakat-bakat pemain-pemain remaja ini, dimana kita boleh melihat sendiri kematangan mereka bermain dengan mengikut falsafah bola sepak yang telah diwujudkan kelab mereka serta skil individu yang sungguh mengagumkan.
Ramai pemain berbakat tempatan dan antarabangsa yang akan dilahirkan dari kejohanan ini sebagaimana yang boleh lihat menerusi bakat pemain-pemain PSG B-14 dalam edisi kali ini.
Berdasarkan empat perlawanan yang mereka lalui di peringkat kumpulan, PSG telah mempersembahkan satu kualiti dan kematangan yang sungguh berbeza.
Mereka sangat memahami taktikal yang yang diterapkan Diakhaby Bafodemelalui teknik individu yang baik serta keputusan-keputusan akhir yang bijak.
Ada beberapa pemain remaja yang menggayakan permainan yang cukup mencuri perhatian penulis terutama pemain-pemain PSG seperti Kante Nahil, Assab Aymen Abdellah, Moungueugue Pierre Messie, Jangeal Mathis Laurent dan Idder Younes kerana mereka ini mempunyai potensi untuk menjadi nama besar pada suatu hari nanti.
Ramai lagi sebenarnya pemain-pemain berkualiti yang mampu dilahirkan PSG apabila disokong teknologi dan kemampuan jurulatih di peringkat akar umbi bagi membimbing dan menilai bakat-bakat di sana.
Inilah yang perlu dipelajari oleh jurulatih-jurulatih tempatan untuk melihat pemilihan pemain-pemain yang berpotensi dan bijak.
Dengan pertukaran pandangan dan ilmu ini pasti menambahkan faedah dan manafaat yang baik untuk bola sepak negara.
Melalui penganjuran Piala Supermokh ini, semua jurulatih akar umbi tempatan terutama di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) perlu mengambil kesempatan untuk menambah ilmu dari apa yang mereka lihat demi kemajuan bola sepak Malaysia.