Skip to main content

Bola Sepak

Piala Super UEFA: Tottenham terima pujian menggunung biarpun terlepas trofi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tottenham.jpg
Thomas Frank menyifatkan dirinya sebagai cukup berbangga dengan persembahan Tottenham biarpun impian menjulang Piala Super UEFA lebur Paris Saint-Germain (PSG) di penghujung perlawanan awal pagi tadi. 

Kelab London itu akhirnya tewas menerusi penentuan sepakan penalti selepas mensia-siakan pendahuluan dua gol dan pengurus baharu mereka tersebut kesal selepas keputusan tidak memihak mereka. 

Jaringan Micky van de Ven dan Cristian Romero telah meletakkan barisan kendalian Frank itu selesa menerajui permainan sebelum penyudah Lee Kang-in dan Gonçalo Ramos menyekat hasrat itu. 

Bagaimanapun, pemain Denmark itu melihat banyak aspek positif dalam corak permainan mereka dengan mendominasi lawan yang sarat dengan bintang handalan sepanjang tempoh tiga suku pertama perlawanan.




"Saya begitu bangga dengan pemain, pasukan, kelab, peminat," katanya. 

"Saya rasa pemain telah memberikan segala-galanya ketika menentang salah sebuah kelab hebat di dunia, mungkin yang terbaik. 

"Saya fikir selama 75 hingga 80 minit, kami menampilkan aksi sempurna dan hampir tidak memberikan sebarang ruang."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video