BOLA SEPAK
Piala Super UEFA: Muller puji penampilan Martinez
Thomas Muller berterima kasih kepada 'Encik Piala Super', Javi Martinez, yang meledak gol kemenangan buat Bayern Munich mengatasi Sevilla.
Martinez menanduk masuk jaringan kemenangan dalam aksi final Piala Super awal pagi tadi, melengkapkan kemenangan 2-1 selepas perlawanan diheret ke masa tambahan berikutan jaringan daripada Leon Goretzka dan penyerang Sevilla, Lucas Ocampos.
Ia merupakan kali kedua pemain tengah itu meledak gol penting sebagai pemain gantian perlawanan tersebut, selepas kali terakhir melakukannya ketika mengatasi Chelsea pada 2013 apabila Bayern melangkah ke penentuan sepakan penalti dan memenangi gelaran.
Iklan
Muller memberitahu UEFA.com, "Kami sangat gembira, sukan untuk dipercayai. Kami sangat penat selepas bertarung selama 120 minit dengan Sevilla, lawan yang sukar.
2 - @FCBayern's Javi Martínez has scored again in an European Super Cup final after 2013 edition vs Chelsea, also as a sub and also in the extra time. Replay. pic.twitter.com/7c6z4RwmZI— OptaJose (@OptaJose) September 24, 2020
"Kami telah berusaha dan membuktikan sebagai satu pasukan bahawa kami memiliki mentaliti kemenangan, walaupun tidak berada di tahap terbaik.
"Tahniah kepada pasukan dan buat Javi Martínez, Encik Piala Piala Super kami."
Martinez hanya membuat 24 penampilan untuk Bayern musim lalu tanpa menjaringkan gol tetapi memberitahu Sky Sport, "Saya sentiasa memberikan yang terbaik buat Bayern dan membuktikannya hari ini.
"Walaupun hanya beraksi selama 10 atau 15 minit, saya cuba membantu pasukan dan terhasilnya jaringan dalam perlawanan ini.
"Saya gembira kerana meraih gelaran ini buat kali kedua."
Keputusan itu menyaksikan mereka kini telah meraih 23 kemenangan berturut-turut dan telah mengharungi 32 perlawanan tanpa kalah.
Must-Watch Video