LALIGA
Piala Super Sepanyol: Vinicius Junior jaring hatrik ketika Real Madrid belasah Barca dalam final
REAL MADRID 4 BARCELONA 1
Tiga gol Vinicius Junior dalam babak pertama membantu Real Madrid menjulang Piala Super Sepanyol dengan membelasah Barcelona 4-1 dalam aksi final di Riyadh awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Brazil itu dua kali mengeksploitasi garisan tinggi pertahanan Barcelona untuk meletakkan Madrid selesa mendahului 2-0 dalam 10 minit pertama sebelum Robert Lewandowski mengurangkan defisit itu selepas setengah jam permainan.
Bagaimanapun, Vinicius melengkapkan hatriknya dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-39 selepas dijatuhkan Ronald Araujo sebelum Rodrygo menyempurnakan kemenangan bergaya Los Blancos dalam babak kedua.
Malang terus menimpan Barcelona di ibu kota Arab Saudi itu apabila Araujo dilayangkan kad merah gara-gara satu lagi kekasaran ke atas Vinicius pada minit ke-71.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.