Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) muncul juara selepas berpesta jaringan menewaskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 8-0 di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hujung minggu lalu.
MBSJ tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli, pada awal minit kedua dan pada minit ke-21, Intan Serah terus mencetak gol kedua sebelum menuju ke bilik persalinan.
Masuk babak kedua perlawanan, MBSJ terus menambah derita kepada MBPJ selepas menjaringkan enam lagi jaringan, dua gol daripada Afrina Zahar -pada minit ke-39 dan 65, Dian Aqilah dan Lee Xin Yi masing-masing mencetak satu jaringan sebelum Intan Serah melengkapkan hatrik pada minit ke-56 dan terus menutup peluang buat MBPJ selepas dia mencetak gol keempat peibadinya pada minit ke-61.
MBSJ dinobatkan selaku juara sulong Piala Sumbangsih Wanita 2025.