Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: Segala tekanan menjurus kepada JDT -- Hodak

piala-sumbangsih-jdt-vs-kl.jpg

Benjamin Mora memaklumkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah bersedia mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih malam esok, seterusnya mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. 

Persiapan pra-musim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi titik tolak buat jurulatih berusia 42 tahun itu mengenal pasti percaturan terbaik ke atas Harimau Selatan. 

Jurulatih dari Mexico itu, bagaimanapun, menjangkakan satu pertembungan sengit ketika berdepan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City, di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. 

"Kami perlu melakukan yang lebih baik lagi berbanding perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu. 

"Sudah tentu di kesempatan seperti ini kami mahu menang, kami akan buat yang terbaik. 

"Kami tidak memikirkan sama ada tiga mata atau piala, kami hanya mahu menang, menang perlawanan, buat yang terbaik. 

"Kuala Lumpur sebuah pasukan yang bagus. Mereka menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing, mengatur dan tidak berputus asa.

"Ia akan menyukarkan kami tapi kami akan cuba berikan yang terbaik," katanya dalam sidang akhbar hari ini. 








Sementara itu, pengendali KL City, Bojan Hodak, menganggap tekanan menjurus kepada tuan rumah tersebut dalam misi menebus kekecewaan Piala Malaysia yang lalu. 

Dia menyeru anak buahnya agar menikmati permainan sambil mengikut segala perancangan yang telah diterapkannya bagi memerangkap lawan. 

Lebih-lebih lagi, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Instagram hari ini memberitahu sekiranya JDT tewas, baginda akan meninggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak di dalam negara. 

"Bagi saya ini adalah sebuah perlawanan yang paling mudah kerana bagi semua orang pula apabila bertemu JDT menjadi satu perlawanan paling sukar. 

"(Ini kerana) saya tidak perlu memotivasikan pemain saya lagi, (tambahan pula) tiada sesiapa meletakkan harapan tinggi kepada kami, segala tekanan akan tertumpu kepada mereka. 

"Lagipun, saya dengar pemilik JDT mahu berundur (sekiranya mereka tewas). Benarkah?

"Bayangkan (pemain-pemain JDT sudah pasti) tidak mahu baginda berundur. Baginda yang mengawal bola sepak dan menyuntik dana ke atas pemain dan jurulatih. 


 

Advertisement

Must Watch Video