Pilihan Selangor sekali lagi menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi edisi ketiga berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor menjulang gelaran itu buat kali ketiga selepas memenangi kejuaraan bersejarah itu bagi edisi 2019 dan 2018 sekali gus menjadi kejuaraan ke-10 skuad Gergasi Merah sejak pertandingan itu dianjurkan pada 2001.

Selangor membuka jaringan menerusi penyerang Ronnie Fernandez dalam separuh masa kedua sebelum Singapura kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Faris Ramli pada minit ke-87.

Selangor bagaimanapun memastikan kemenangan dalam masa kecederaan apabila Alvin Fortez melepaskan sepakan percuma.

Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat dibunyikan.-Awani